Tuesday 31 May 2011

kenapa aku berblog ?

sebab wanis berblog ?

- minat
- boleh kembangkan kretiviti yg terpendam
- tengok blog orang lain , cantik - cantik . ( jeles )
- nak kongsi apa yang wanis tahu dengan orang lain ( er ~ yela tu )
- nak cuba benda baru :)

blogger yang di tag :

- nelly the strange
- nurfatihah mohd ayob
- siti murniwati

Saturday 28 May 2011

nasib baik lah blogger lain tolong wanis :)

budak baru belajar , macam ni lah gaya nya .
batak sikit .

sekarang ni , wanis tengah belajar pasal blog .
huh !
nasib baik lah blogger lain ade buat tutorial.
kalau tidak , susah wanis .
dah lah wanis ni , tak tahu sangat pasal blog .

wanis ni , agak " lambat " sikit .
so , bila tengok blogger lain buat tutorial , boleh lah wanis rujuk - rujuk " sikit " .
 ( sikit? macam banyak je )


ape - ape pun , terima kasih lah dekat blogger lain yang sudi buat tutorial untuk blogger baru macam wanis ni .
tunjuk ajar anda , amat dihargai .
huhuhu ~

Thursday 26 May 2011

lain yang dirancang , lain pula yang dibuatnya ~

kalau dah menghadap laptop , lappy or apa - apa je lah yang korang panggil tu ,
perkara pertama yang korang mesti buka ialah muka + buku = facebook .
betul tak ?
siapa yang jawab ' tak ' , maksudnya , dia tak ada facebook la .
hehehe ~ ( gurau saje )

semua kerja yang korang plan nak buat , dah tertangguh .
semua nya disebabkan FB .
( ada ke patut fb yang disalahkan -.-" )

mana tidak nya , buka kerja yang korang plan tu , 5 minit .
tapi , buka FB , 5 jam !

huh !
tak ke pelik tu .
kita buat apa je lah dekat FB tu kan sampai lama sangat masa yang diambil .

macam wanis lah .
tapi wanis bukannya buka FB lama - lama .
wanis buka blog yang lama .
sebabnya , wanis suka baca entry orang tapi wanis tak tahu nak tulis komen apa .
so , wanis jadi silent reader je lah ~
hehehe  .

belum ape - ape lagi dah dapat =.="





ape lagi , kerja sekolah lah .
belum cuti lagi , dah dapat kerja sekolah yang bertimbun .
ni baru subjek bahasa melayu .
subjek lain ?
wanis pun tak tahu nak cakap apa .
so , terima saja lah .

ok !
masa wanis tengah exam math , tiba - tiba cikgu tipah bersuara .

" subjek bm , ada yang dapat A+ , A , A- .  ( harap - harap wanis lah salah sorang nya )
dalam buku twitter ( buku yang cikgu bagi kiteorang pinjam buat perkasam ) sila buat 10 rumusan dan 3 karangan . 
kalau tidak , markah exam kamu akan dipotong 10 markah . "

wanis terus pandang murni dan berkata .

" biar betul ! mati lah macam ni . "

lepas tu , ade pulak budak kelas wanis cakap " bluerk " tapi wanis tak tahu siapa .
then , cikgu wanis pulak cakap .

" kamu bluerk - bluerk . nanti kalau kamu dapat result spm A , ada kamu bluerk ? kamu cakap terima kasih kan . so , buat lah kerja tu ."

lepas je cikgu cakap macam tu , wanis tekad nak buat kerja sekolah tu walaupun banyak gila nak mampuih !
cikgu buat ni semua pun untuk kebaikan wanis and budak - budak kelas wanis jugak kan .
so , wanis kena lah berusaha sikit .
yeah !

* tadi dapat result addmath kertas 2 .
er ~
markah yang paling elok wanis pernah dapat walaupun sikit .
alhamdulillah .
hehehe .

Wednesday 25 May 2011

lenguh ~

hari ni wanis jaga koperasi .
kebetulan pula , cikgu akaun wanis ada dalam koperasi tu .

masa wanis dengan nursyahirah duduk dalam pejabat dekat koperasi tu ,
tiba - tiba cikgu cakap dekat wanis .
" sekarang cikgu tengah cek kertas azam . lepas ni kertas wanis pula "

ah ! sudah !
gugur jantung wanis .
cuak !
tak pernah - pernah cikgu tanda kertas wanis depan mata wanis sendiri .

habis je cikgu tanda kertas azam , cikgu panggil wanis .
huh !

dengan muka selamba nya wanis pergi dekat cikgu and cikgu suruh wanis duduk .
tapi disebabkan wanis tak nampak , wanis kena lah berdiri sampai cikgu habis terangkan kertas tu .

cuba korang bayang kan .
wanis kene berdiri selama setengah jam kot .
( sebenanya , wanis tak tengok jam pun . hehehe )

habis je cikgu terang kan semua nya , wanis pun keluarlah dari situ .
tiba lah masa nya wanis membetulkan balik tulang - tulang wanis ni .hahaha .

sungguh lenguh kaki wanis ni !
tapi , apa - apa pun , bila cikgu dah terangkan semuanya , baru wanis faham .
and , belajar akaun ni , sebenarnya , best walaupun agak memeningkan .

cikgu wanis cakap , kalau belajar tapi tak pening ,
bukan belajar namanya .
kan ?

as easy as ABC ?

itu lah kata - kata cikgu addmath wanis .
kata - kata tu asyik terngiang - ngiang dalam telinga wanis masa tengah jawab exam addmath .

ha ?!
betul ke addmath as easy as ABC ?
bagi wanis yang tak pernah nak paham addmath ni kan ,
addmath is easy to fail !

kenyataan ni bukan wanis sorang je yang cakap .
anak cikgu pun cakap juga .

mana wanis tahu ?
cikgu lah yang bagi tahu .
hahaha !

masa wanis jawab soalan addmath tadi ,
huh !
nak menangis wanis .
kenapa lah soalan nya " senang " sangat ?

ada pulak soalan yang agak pelik + aneh .
dah lah wanis tak pernah tengok soalan macam tu .
memang lah susah wanis nak jawab .

bila masa dah tamat , cikgu wanis cakap ,
" masa dah tamat , siapa dah siap , sila tulis nama ? " ( lebih kurang macam tu lah -.-" )

wanis dekat belakang dah gelak - gelak .
sebab wanis terfikir ,
" ada ke orang yang dah siap ? wanis rasa macam banyak je yang kosong "
salah sorang nya , wanis lah ~
hehehe .

Tuesday 24 May 2011

jeles nye !

sejujur - jujurnya , wanis jeles sangat dekat diaorang ni .






nak tahu siapa ?
jom terjah !




diaorang comel kan ~
serius wanis jeles dekat diaorang .

walaupun wanis jeles dekat diaorang ,
tapi , wanis bersyukur sangat sebab Allah dah bagi wanis keistimewaan yang sangat bermakna dalam hidup wanis .
semua orang ada keistimewaan yang tersendiri .
betul tak ?

semakin sibuk :(

sori kalau wanis dah jarang tulis entry dekat blog .
sekarang ni wanis busy sangat .
macam - macam benda jadi dekat wanis and banyak projek yang perlu diselesaikan .
( bunyi nye macam orang yang paling busy la kan )




asignment ict kene hantar sebelum 26 mei 2011 .
adoi !
lagi dua hari tu .
sempat ke nak siap ?
tadi nak buat keje nya dekat makmal , cikgu pulak tak ade .

projek akaun pulak .
er ~
kene hantar sebelum 31 mei 2011 .
mati la wanis macam ni .
dah la payah bebeno nak buat projek tu .
mase pulak singkat .
tak boleh ke panjangkan lagi masa nya ?

sekarang ni pulak , tengah exam midyear .
macam mana keputusannya pun , wanis tak tahu lah .
tapi , macam teruk je .
huhuhu ~


akaun + akaun + akaun .

exam akaun ?
paling best !

dapat je kertas akaun , razi , apiz , and yang sekutu dengan mereka buat keje pelik .
nak tahu ape ?

ha !
secara automatik diorang cakap " selamat malam "
hahaha .
mimpi ke ape ?

mana tidak nya , dapat - dapat je soalan , terus tidur .
kan best tu .
wanis tengah pening kepala jawab soalan tu , boleh pulak diaorang tidur .

aish !
mana boleh macam tu -.-"

Monday 23 May 2011

perempuan atau lelaki ?

korang rase la kan ,
yang mane satu lebih pandai memasak ?

bagi wanis lah kan , maybe lelaki .
sebab , cube korang tengok dekat kedai mamak , hotel - hotel , kedai makan , kat mane - mane je la .
kebanyakannya lelaki yang masak .

eh !
bukannya wanis cakap perempuan tak pandai masak .
perempuan ni lagi lah pandai masak .
kalau tak pandai masak , mane boleh jadi bini orang .
kan ?

tapi kenapa chef lelaki lebih ramai dari chef perempuan ?
takkan lah sebab perempuan ni tak nak tunjuk kemahiran dia .
atau , lelaki lebih suka menonjolkan diri mereka ?


mm , bagi wanis la kan , perempuan ni dah selalu sangat memasak .
so , dia bagi peluang dekat kaum lelaki ni memasak kan .
( pelik - pelik je wanis ni )

hahaha .
ok la , sampai situ je setakat ni .

Friday 20 May 2011

paling padat la ~

lagi seminggu dah nak cuti 2 minggu .
tapi , wanis dah ada plan untuk cuti 2 minggu tu .
hahaha !

ni lah budak - budak zaman sekarang .
suka sangat berangan .

ha !
nak tahu ke plannya ?

wanis banyak menghabiskan masa dekat sekolah .
nak tahu kenapa ?
sebabnya , sepanjang minggu pertama je wanis dah ada kelas tambahan .
fuh ~
mesti penat gila .

minggu kedua pulak ,
er ~
ape lagi .
menghadap buku la .
SPM dah nak dekat .
mane boleh main - main !

tapi mane boleh study je .
kena la rilex jugak kan .
kalau tak , pecah kepala wanis ni .

( assignment ICT kena hantar ari khamis minggu depan , keje akaun pulak 31 mei 2011 . ada sesiapa nak tolong wanis tak ? bantuan anda amat dihargai )

budak - budak zaman sekarang +_+

macam ni ceritanya .

masa wanis tengah lepak - lepak dekat luar rumah ,
ada la dua orang budak ni .
baru balik dari sekolah agame .
buat pengetahuan korang , budak tu , sekolah rendah .

ok !
kita sambung balik .
wanis nampak la salah sorang budak tu , keluar kan satu bende dari poket dia .
korang nak tahu ape ?
handset !

ape ni ?
pegi sekolah mane boleh bawak handset adik oi !
tu bukan belajar .
tu namanya buang mase ~
lebih baik tak payah pegi sekolah .

wanis pun tak pernah bawak handset pegi sekolah rendah . ( sebab mase tu tak ada handset la ~)
kalau sekolah menengah tu ,
er~
dulu je la .
sekarang dah jadi budak baik .
kan dah nak SPM .
nanti tak dapat berkat dari cikgu pulak -.-"

sori lah kalau ada yang terasa .
ni cuma pandangan wanis je la .
tak tahu la pandangan korang macam mana kan ~

Thursday 19 May 2011

kasih ibu bawa ke syurga , kasih bapa sepanjang hayat :)

bila korang tengok mak orang peluk and cium anak dia , mesti korang dah biasa sangat kan .

ha !
ni lain pulak cerita nya .

pagi tadi , wanis ternampak la , sorang ayah ni .
sayang gila dekat anak dia .
siap dibelai - belai pipi anak dia tu .
cium pulak tu ~

terharunya wanis .






mase kecik , abah wanis adalah juga buat macam tu , tapi sekarang dah tak .
almaklomla , dah besar ~

korang pulak , macam mane ?
ada pengalaman ?

Wednesday 18 May 2011

macam - macam hal !

exam math kali ni , agar 'hancur' la jugak .
mana tidak nya .

baru soalan pertama  , hidung wanis buat hal .
adoi !
lemah betul la .
mase tu je , dah tak boleh nak cosentrate .
so , tawakal saja lah ~

then , mata wanis pulak .
huhuhu ~
macam package pulak kan .
lepas hidung , mata .
lepas mata , apa la pulak kan .

banyak pulak syaitan bergayut dekat mata wanis ni ~
so , wanis pun tidur la sekejap .
rehat kan mata .

bila dah bangun je , fikiran wanis pulak melayang entah ke mana .
huhuhu .

kesimpulannya , exam math tadi , wanis memang tak boleh jawab .
macam keputusannya pun , wanis tak tahu la .
harap - harap , ok la .
jangan la teruk sangat .
nanti kecewe ~

* kenapa dengan handset wanis ni ? buat hal pulak -.-"
ada sesiapa nak tolong dermakan handset dia dekat wanis tak ? *

hadiah daripada 'kekasih hati' :)

mesti korang pernah dapat kan .
er ~
sebelum tu , wanis nak bagi tahu ,
setian tahun , 'kekasih hati' wanis ni lah yang akan bagi hadiah dekat wanis sempena birthday wanis walaupun lambat .
( wanis pun bagi hadiah dekat dia lambat . -.-" )

wanis bagi korang tengok pembalut dia dulu ea .
sabo - sabo .
jangan gelojoh .

tulisan tu memang ada tapi tak nampak .
so , wanis tulis yang baru .
hehehe .

ha ! ni lah hadiah nye ~
jeng - jeng - jeng !

 comel kan ~
macam 'kekasih hati' wanis .

ni pandangan dari atas .

ha ! korang mesti tertanya - tanya siapa 'kekasih hati' wanis tu kan .
for your information , 'kekasih hati' wanis ni , bukan pakwe wanis ok .
but my bestfriend !

nama dia nurul fazira .
sedap kan nama dia .
orangnya pun comel je .
baik pulak tu .

dia ni lah yang sentiasa ingat birthday wanis ,
and , dia juga lah yang bagi wanis hadiah setiap tahun .
( walaupun wanis dah 'matang' , dia bagi hadiah jugak )

fazira : terima kasih sebab bagi hadiah ni . sayang ko ! muuaah !!!
hehehehe ~

Tuesday 17 May 2011

pengalaman yang tak dapat dilupakan ~

hari ni , wanis masuk hutan .
ha ?!
biar betul .

eh !
korang tak percaye ke ?

wanis tak main - main la .
wanis masuk hutan tapi bukannya hutan tebal yang korang semua fikir tu .
hutan tu tak selamat .
hutan yang wanis pegi ni selamat .

kalau korang nak tahu , kat sana ada macam - macam .
and ofcourse la ada pokok kan.
kan pelik kalau hutan tak ada pokok .
ok , kat sana ada tempat painball , ada kolam ikan , ada rumah , ada pondok .
cukup la sampai situ je wanis bagi tahu kat situ ada apa .

sebenarnya , wanis pegi situ bersebab .
nak tahu ke sebabnya ?
er ~
sebenarnya , wanis nak tenang kan fikiran wanis yang dah berserabut dengan macam - macam perkara ni .

wanis nak cari tempat yang boleh tenang kan fikiran wanis ni .
asyik pegi taman je , bosan la jugak .
so , wanis pegi la hutan .

kebetulan pulak kawan wanis ajak pegi sane , so , wanis pun pegi la .
and wanis bukannya pegi berdua je .
bahaya .
wanis pegi bertiga .

masa tengah lepak - lepak kat sana , tiba - tiba je hujan turun .
mase tu la yang paling best .
tengok hujan jatuh dekat pokok and kolam ikan .
tenang ~

tapi yang tak best nya , mase nak balik .
huh !
hujan tak berhenti jugak .
so , terpaksa lah wanis redah hujan tu .

sampai rumah je , menggigil .
grr ~
tapi takpe .
wanis dah lama tak main hujan ni .

so , kalau sesiapa ada masalah macam wanis , kena la pandai cari tempat yang tenang dekat dengan kawasan rumah korang .
ok ?

Monday 16 May 2011

apa itu cinta ?



sebenarnya , wanis tak cukup umur lagi nak cakap pasal benda ni .
tapi , tiba - tiba je wanis tergerak hati nak tulis entry ni .
kalau ada yang salah , tegur - tegur la ye .

cinta ni ada banyak maksud .
tapi , apa yang wanis tahu ,

cinta ni perasaan yang tak dapat dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai .
cinta boleh membuatkan kita mengalirkan air mata .
cinta ibarat kaca dalam kapas .
maksud nye , kapas tu ibarat hati kita dan kaca tu ibarat dugaan yang bakal kita hadapi .
kalau kita tak berhati - hati menyelesaikan sesuatu perkara , kaca tu akan membunuh perasaan kita .
( sebenarnya , peribahasa tu , wanis yang cipta sendiri )

cinta ni juga boleh mematangkan kita .
sebab , macam - macam pengalaman yang kita dapat masa bercinta .
nak tahu buktinya ?
hati kita akan lebih tabah dan kuat berbanding orang yang tak pernah bercinta .

tu pendapat wanis la .
pendapat korang pulak ?

Sunday 15 May 2011

cikgu !

kapada semua cikgu - cikgu yang telah mengajar saya sejak saya sekolah tadika lagi ,
saya ucapkan .

SELAMAT HARI GURU !! ^.^


semoga cikgu tidak mnyesal mengajar orang yang lambat pandai macam saya ni ~
huhuhu.

terima kasih cikgu kerana sudi mengajar saya yang agak pemalas ni .
jasa cikgu , hanya Allah sahaja yang dapat balas .

saya dedikasi kan serangkap pantun .
khas untuk cikgu yang telah bertungkus lumus mengajar saya .

ingat la anak murid cikgu ,
namanya nurul awanis bt norani ,
semoga cikgu happy selalu ,
dan tidak jemu mengajar kami .

( pantunnya macam pelik je )
hehehe ~

kenapa mesti guna nama orang lain ?

kejadian ni jadi hari sabtu , 14 mei 2011 .
sebenarnye , wanis nak tulis entry ni cepat - cepat tapi wanis asyik terlupa je .
hehehe .

ok . ceritanya macam ni .
pada hari sabtu yang cukup sejuk .
eceh !
straight to the point saja la ye .

wanis ada kelas tambahan ICT .
bila dah sampai sekolah , wanis pegi la dekat makmal komputer tapi disebabkan 'tak ada orang' ,
wanis pun masuk la dalam kelas .
tapi tak ade jugak .

nasib baik ade kawan wanis yang temankan wanis .
kalau tidak , mesti wanis sorang - sorang .

lepas tu , wanis pegi la dekat makmal tu balik.
rupa - rupanya , semua kawan - kawan wanis dah ada dekat situ tapi wanis tak perasan sebab diaorang masuk ikut pintu belakang .
( aish ! buat penat je wanis cari diaorang dekat kelas )

bila wanis dah masuk , cikgu bagi sarapan percuma .
hahaha .
rezeki jangan ditolak >.<

abis je makan , kelas pun mula .
tapi kitaorang tak belajar macam selalu .
mase tu ada orang dari luar datang , ajar kitaorang pasal system unit .
bila orang tu bersuara , kiteorang semua datang dekat depan , berkumpul .
then , kiteorang dengar la apa yang orang tu cuba sampai kan .

tiba - tiba , orang tu tanya nama kawan aku , lelaki .
nama sebenar dia nur azam b jamallullail . ( azam , sori kalau tersalah eja nama ayah ko )
dengan muka blur dia , dia cakap nama dia kamarul .
kawan wanis yang namanya kamarul dah pelik .
hahaha .
lepas tu , kitaorang gelak gila - gila .
cikgu pun join kiteorang gelak .
orang yang tanya nama azam dah pelik je tengok kiteorang gelak .
( sori 'pakcik' , nama sebenar dia azam , bukan kamarul )
hahaha .

then , orang tu sambung mengajar balik .
lagi sekali dia tanya , name azam .
dengan penuh yakin azam jawab nama penuh dia .
abdul kamarul bin jaafar .





( mata wanis yang tengah kusyuk tengok orang tu ajar , terus pandang azam )
hah !
biar betul azam ni .
pandai betul dia mencipta nama .
hahahaha !
budak - budak kelas wanis dah tak tahan nak gelak lagi .
bergema makmal tu dengan gelak kitaorang .
tapi wanis tengok azam , dia selamba je .

kalau korang nak tahu , azam ni agak blur la jugak .
dia memang macam tu .
sebab tu la dia suka buat bende yang pelik - pelik ni termasuk mencipta nama .
 
kalau ada sesiapa nak mencipta nama macam nur azam tu ,
kena lah pandai buat muka selamba ye .
kalau tidak , nanti terkantoi ~
sampai sekarang wamis tak tahu , kenapa dia guna nama orang lain .
hahaha !

jadi trend ke ?

kalau korang nak tahu , ramai yang suka makan coklat .
kenapa ?
sebab coklat boleh hilang kan tension yang ada dalam kepala .
macam soalan essay yang wanis dapat minggu lepas .
'reduce stress' .
hahaha .
( teruk betul pengaruh soalan tu dekat wanis )

 semua orang suka coklat kat atas ni kan ?
wanis pun same ~
hehehe

korang perasan tak ?
kalau orang nak bagi hadiah tapi tak tahu nak bagi apa , mesti bagi coklat .
er ~
dah jadi trend ke ?

tapi , orang yang dapat coklat tu , mesti happy sangat kan .
sebab , coklat tu , mahal la jugak .
kalau yang kecik tu , murah la .

mane la puas makan coklat  yang kecik je .
tak sesuai dangan saiz perut kita .
kan ?
hahaha .

tapi , wanis nasihatkan , jangan la makan coklat selalu .
nanti dah jemu , kan tak best .

kalau orang yang suka makan coklat banyak - banyak tapi tak nak jemu dekat coklat tu ,
apa kata korang makan sayur banyak - banyak .
bila dah abis makan sayur tu , makan la coklat .
makanan seimbang ~
hahahaha .
( apa wanis merepek ni ?)

so , fikir - fikir kan lah dan selamat beramal .
babai ~

Saturday 14 May 2011

wanis paling takut bila ..

ce teke - ce teke ~

hahaha .
takpe la .
biar wanis yang bagi tahu .
tak pasal - pasal ada jugak yang pitam sebab fikir apa benda nya .

wanis takut dekat Allah .
korang takut tak ?

sebenanya , ada satu lagi benda yang wanis takut .
kalau korang semua nak tahu ,
wanis paling takut bila mama and abah wanis panggil wanis dengan panggilan "awanis" .
kalau panggil "nurul" , takde la seram sangat sebab sweet je .
tapi , bila panggil "awanis" , nak gugur jantung wanis ni .







kenapa ?
sebab , selalu nya , kalau ada pape yang pelik , mesti guna panggilan "awanis" .
ergh !
tak suke - tak suke - tak suke .

setiap kali mama and abah panggil wanis dengan panggilan tu , wanis mesti bace doa banyak - banyak .
takut la nanti ada perkara yang pelik - pelik mama cakap dekat wanis .
nanti wanis pulak yang kecewe .
huhuhu ~

korang pulak , takut dekat apa ?
sharing is caring right :)

Wednesday 11 May 2011

siapa yang harus dipersalahkan ?

malam ni , wanis nak mengupas isu pasal budak - budak kecik .
bukannya wanis sengaja nak tulis entry pasal bende ni tapi bende ni jadi depan mata wanis .

kejadian ni bermula di :
- tempat mengaji adik wanis
- pukul 8.00 malam

ah sudah ~
macam apa dah wanis ni .

ok2 !
back to the story .

wanis berhentikan motor dekat depan rumah tempat adik wanis mengaji tu .
kat situ ada la budak - budak kecik tengah main .
wanis tak tahu la dorang tengah main apa , tapi pelik sikit la permainannya .
almaklomla , budak - budak .

sebelum wanis pegi dari situ , wanis terdengar la sorang budak cakap perkataan ' bodoh ' .
er ~
betul ke apa yang wanis dengar ni ?
budak tak sekolah tadika lagi dah cakap perkataan tu .

aiyoyo ~
kalau korang nak tahu , wanis takut sangat nak cakap perkataan tu .
kenape ?
ha !
sebab nanti mama and abah wanis marah .
hahaha .
budak baik , kene la dengar cakap mama and abah . ( terpoyo sudah ~ )

bila dah jadi macam ni , siapa yang harus dipersalahkan ?

kat sini , wanis nak cakap dekat semua ,
jaga lah percakapan kita kerana semua orang dengar apa yang kite cakap khususnya , budak - budak kecik ni .
diaorang ni , tak tahu apa - apa .
apa yang diaorang tahu , ikut saje cakap kita .
kita ni macam guru yang tidak rasmi dekat diaorang la .

Tuesday 10 May 2011

hati pun ada virus ??

ha !
kalau korang semua nak tahu , bukan komputer je yang ada virus .
hati pun ade tau !

hati ni ada 99 virus .
huh !
banyak kan ?
siapa sangka hati ada banyak virus .

ok !
wanis nak bagitau satu - satu , apa virus hati tu ~

1 . syirik kepada Allah
2 . kufur nikmat
3 . nifak
4 . cinta dunia
5 . takut mati
6 . dendam
7 . penakut
8 . khianat
9 . ujub ( angkuh / bongkak )
10 . stress
11 . kikir
12 . bakhil
13 . marah
14 . cinta pujian
15 . riya'
16 . sumaah
17 . tamak
18 . takabur
19 . murtad
20 . cinta buta
21 . bohong
22 . keras hati
23 . lalai
24 . iri
25 . zalim
26 . meminta - minta
27 . retak rumah tangga ( bagi yang dah berkahwin ok )
28 . ikut membuta tuli
29 . suka menipu
30 . berbuat bidaah
31 . keluh kesah
32 .malas beribadat
33 . tergesa - gesa
34 . banyak bersumpah
35 . tidak bertawakkal
36 . membuat fitnah
37 . membangkang
38 . banyak bicara
39 . banyak makan
40 . malas bersedekah
41 . buruk sangka
42 . banyak janji
43 . berfikiran jumud
44 . ghuruf ( tertipu )
45 . jarang berdoa
46 . gemar maksiat
47 . pentingkan diri sendiri
48 . kurang agama
49 . buat aniaya
50 . berbuat curang
51 . meninggalkan jihad
52 . berpeluk tubuh
53 . menunda taubat
54 . tidak cermat
55 . hasad dan dengki
56 . menuduh
57 . namimah ( mengadu domba )
58 . tak senang kebahagiaan orang
59 . senang dengan kesusahan orang
60 . merasa aman dengan bala Allah
61 . meninggalkan majlis zikir
62 . berlengah dalam beramal soleh
63 . mengikut hawa nafsu
64 . malas mempelajari kitabullah
65 . keperibadian yang tidak sesuai
66 . dayus ( tiada rasa cemburu )
67 . tidak pelihara pandangan
68 . salah dalam bergaul
69 . berlebih - lebihan
70 . suka meremehkan
71 . putus asa dari rahmat Allah
72 . meninggalkan orang yang soleh
73 . benyak bergaul dengan wanita
74 . mencari kesalahan orang lain
75 . suka membuang waktu
76 . putus asa dalam menghadapi hidup
77 . mudah putus harapan
78 . banyak bertengkar
79. minda resah
80 . terlalu meninggi diri
81 . futur ( mudah putus asa )
82 . suka menyendiri
83 . panjang angan - angan
84 . tidak percaya diri
85 . mengemari muzik dan nyanyian syaitan
86 . bermukim di negeri kafir
87. meminta bantuan dari syaitan dan dukun
88 . lebih utamakan penampilan lahiriah
89 . terlalu sensitif bukan pada tempatnya
90 . sibuk dengan kesalahn orang lain
91 . tergantung dengan orang lain
92 . meninggalkan jamaah
93 . mengungkit - ungkit pemberian
94 . menuntut ilmu agama untuk kepentingan dunia
95 . ulama yang mendampingu penguasa
96 . cenderung kepada kekufuran
97 . berwali kepada orang kafir
98 . meninggalkan zikir dan istighfar
99 . banyak tertawa , sedikit menangis

ada tak yang tersenarai dalam dri korang ?
kalau wanis , ada .
tu tak dapat dielakkan .
hehehe .

so , kene la banyak - banyak bertaubat ~

Monday 9 May 2011

bukan nye wanis tak nak post dekat geng bloggist tapi ..

huhu ~

acctually , wanis malu nak post dekat geng bloggist atas sebab - sebab tertentu :

1 . wanis takot orang bace blog wanis tapi orang tu tak suke dengan blog wanis . almaklomla , wanis kan orang baru dalam dunia blog ni . so , wanis tak tahu sangat pasal blog ni .

2 . andai kata ade orang tak dapat menerima ape yang wanis tulis , wanis takot kena kritik . tapi takpe , kritik je la . mane la tahu , wanis ada kekurangan tapi wanis tak sedar kan :)

3 . wanis tak macam blogger lain yang ade banyak informasi terkini . wanis ni , agak kuno sikit . so , er ~ paham - paham je la ye . hehehe

sebenanye , wanis teringin sangat nak jadi macam blogger mas ahmad safwan dan nelly the strange . dorang punya blog , memang terbaik la . ada macam - macam informasi yang berguna untuk semua orang .

kepada blogger yang dah lame tu  , tolong bagi tunjuk ajar dekat wanis ~
wanis akan berusaha bersungguh belajar pasal blog ni .
yeah !
caiyok !!

penyakit semakin menular dalam diri wanis :(

eh !
bukan penyakit H1N1 ok .
harap - harap wanis dijauhkan dari penyakit tu .
amin ~

penyakit yang wanis cakapkan tu , penyakit ponteng tusyen .
hehehe .
sejak bile penyakit ni ade dalam diri wanis pon , wanis tak sedar .
wanis bukannye malas nak pegi tusyen , tapi bile nak pegi je , mesti terase malas .
er ~
macam mane la tu kan ?
hahaha .

nasib baik penyakit ponteng tusyen je , bukan ponteng sekolah .
kalau lah penyakit ponteng sekolah datang dalam diri wanis , huh !
bahaye sungguh !
satu bende pon wanis susah nak belajar .

so , sesiapa yang dalam alam persekolahan , jangan la malas - malas nak pegi sekolah atau tusyen .
nanti diri sendiri yang rugi .
( pesanan ni untuk wanis sebenanye . hehehe )

Sunday 8 May 2011

rindu dekat blog..

huhu ~

setelah sekian lame wanis menyorok di sebalik semue blogger .
kini wanis muncul dengan wajah baru .
cewah !
hahaha .
takde la . itu gurauan semate - mate .

sebena - benanye , bukannye wanis sengaje tak nak update blog ni .
tapi buat mase sekarang ni wanis tengah busy sangat .
banyak sangat assignment yang kene buat .
( poyo je assignment padahal tak ade idea nak tulis entry ape ) -.-"

sekarang ni wanis ade projek .
ha ! jangan fikir yang bukan - bukan ok .
ni projek akaun .
susa betul nak buat projek ni .
 ' cikgu , buat kan projek ni untuk saya boleh tak ? nanti saya belanja cikgu makan ye ~'

ape - ape pon , rumah baru cikgu tu , cantik .
perabot nye semua baru .
kaye betol cikgu kan .
bile la saye nak jadi macam cikgu ?

ah sudah !
berangan je lebih .
keje sekolah tak nak buat pulak .
ape la wanis ni ~

hahaha. .
spm ni kene la buat betol - betol .
lepas tu sambung pelajaran kat mane - mane .
baru la bole dapat keje yang bagos .
kan ~?

Sunday 1 May 2011

hari yang amat mengecewakan dan meletihkan ~

pasal mengecewakan tu , aku tak paya citer la ea .
tu hak peribadi .

ok .
sebelum bertolak pegi pesta buku dekat PWTC , sempat jugak la aku tangkap gambar .



budak batak . hehe


aku baru pertame kali pegi sane .
sebab tu TERbatak sikit . hehehe
aku pegi dengan famili tapi ayah aku tak ikot . keje ~
so , mama la yang bawak kiteorang pegi sane .
kiteorang pegi sane naik train .
( sebenanye , aku tak tau pape pasal train ni . so , semue nye , mama yang uruskan . hehehe )

sampai sane je , tempat memule kiteorang pegi , karangkraf .
kat situ , ade macam - macam buku .
rambang mate aku tengok buku - buku tu .
best gila !
tapi yang paling best , aku jumpe imran ajmain dengan fazley . ( ala , duta kamus besta tu )
kalau korang nak tau , dua - dua dah makin tembam .
comel gila kot !!!
eh2 ! sori - sori . terover pulak .
almaklumla , excited .
hahaha .

aku dapat gambar imran ajmain je . fazley nyorok kat mane nta .
mase ni , imran ajmain tengah nyanyi lagu ' selamat ulang tahun sayang '
tu yang feeling gila .
hehehe

lepas je aku menggila dekat situ , kiteorang pon pegi la jalan - jalan tengok buku .
tetibe jumpe pulak adi putra ( ala , budak yang dah terlebih pandai dalam subjek math tu . aku pon kalah )
dia memang pandai gila !
mase aku tengok dia , dia kat atas pentas , tengah ingat nombo yang sangat banyak dekat papan putih .
memang dahsyat la .
dia bole ingat semue !

ok , yang segak berpakaian macam orang nak pegi kawin tu la adi putra .

bile dah penat tengok dia , kiteorang pon pegi la satu tempat tu .
kedai buku jugak , tapi ape nta namenye .
tak perasan pulak .

masuk je dekat situ , adik aku yang paling kecik , nur balqis , telah ditemubual .
eh ! bukan wartawan yang temubual dia .
orang dekat area situ la , suruh dia belajar name - name haiwan dalam bahase ingeris .
aku pon belajar jugak .
kalo korang nak tau , bunyi gajah tu , sebenanye , bunyi trompet .
ha ! bende tu , aku baru je tau tadi .
orang yang ajar adik aku tu yang bagi tau . hehehe .
yang kiri tu , mama aku . yang tengah duduk n berdiri tu , adik aku .
yang pakai spec tu la orang yang aja adik aku and aku pasal bunyi gajah.
hehe
mase adik aku tengah belajar , aku pegi la  merayap dekat area situ .
terjumpe pulak orang yang wat kartoon dalam komik ujang .

yang sorang tengah sibuk posing dengan peminat .

sorang lagi tengah sibuk lukis katoon .

bila dah penat jalan - jalan dekat situ , kiteorang keluar la .
niatnye nak balik , tetibe ade orang suruh tangkap gamba pulak .
print wane skali . cume seringgir je .
so , mama pon nak la .

abis je tangkap gamba , aku ternampak pulak sorang budak kecik ilang mak ngan bapak dia .
aish !
kat situ pon ade budak ilang .
bile aku tanye , ' mak mane ?' , dia tak jawab pulak .
tetibe ade sorang laki amek budak tu .
abang dia kot .
dia serang je aku dengan adik - adik aku dekat situ .
oi3 ! cakap la terime kasih ke , ape ke .
ni tak , bla cam tu je .
mm , takpe la , yang penting budak tu dah selamat kan .

then , kiteorang pon balik .
penat + lapar + ngantuk = ???

eh ! sori la kalau entry ni terpanjang sangat .
budak terlebih excited , cam ni la jadi nye .
ramai gila kan yang aku TERjumpa ari ni .
hehehe .
ok la , sampai situ sahaja coretan 'saya' buat kali ini .
babai ~