Thursday 6 June 2013

hang-out sebelum kembali ke rumah ke-2 :)

fuhh. 
setelah sekian lama tak keluar dengan K.A.M.I, ini lah hasil nya.
tadaaa!
sila faham kan jalan cerita melalui gambar gambar di bawah.
hahahaha.
*dah macam ape daa ~*





















ok, sampai situ sahaja untuk hari ini. sekian, terima kasih :)

Sunday 2 June 2013

doaku di makbulkan :)

2 Jun 2013

masa tengah kusyuk tengok cerita hindustan, fon wanis pun berbunyi.
bila tengok je, ade mesej dari siti murniwati.
mesej nya macam ni.

mun : weh gila. datang uma aku skg. urgent! cepat tau
wanis : kenape wei? ape jd?
mun : datang jelah cepat! please
wanis : ok2


wanis terus bangun dan siap  - siap pergi rumah mun.
masa tu, jangan tanya macam mana keadaan wanis.
aish. menggeletar kot.
dalam kepala dah mula fikir macam macam.
kawan baik kan.

masa nak pergi rumah mun tu, tak fikir ape dah.
nak tunggu motor pun, tak sempat.
so, rembat je lah kereta mama yang wanis tak pandai sangat nak bawak tu.
terpaksa kan..

sampai je sana, wanis masuk rumah mun, boleh pulak dia senyum senyum.
tu yang pelik.
then wanis salam je lah mak mun tu.
bila pandang je sebelah kanan, ternampak lah teyha dengan syera.
gila terkejut.

hahaha. terus wanis serang diaorang.
dah lama tak jumpa kot!
dah hampir setahun lebih agaknya.

tengah cerita cerita, air mata wanis keluar.
risau + terharu + gembira + sedih punya pasal lah.
dah tak tau nak terangkan macam mana.

diaorang dah pelik dah tengok wanis.
hahaha. nak buat macam mana kan.
air mata tu nak keluar sendiri.
tak kan nak di tahan pulak ~
makin menjadi jadi lah air mata nya nanti.

lepas borak borak dengan diaorang, wanis hantar diaorang balik.
dah nak pukul 7 kan. tak elok pula, duduk rumah orang.

akhirnya, termakbul jugak doa wanis nak geng K.A.M.I.bersatu balik.
hee :)

sampai situ je lah cerita nya.
esok esok wanis tulis lagi ye.
assalamualaikum ~

Monday 13 May 2013

assalamualaikum.

dah lama wanis tak tulis blog.
wanis agak sibuk sikit cuti ni walaupun aktiviti terbesarnya adalah duduk rumah.
huk huk.

tapi, buat sementara ni, wanis belajar menjahit langsir.
ha, tak pernah - pernah wanis menjahit, tetibe wanis menjahit pulak kan.
fuhh ~
ni semua idea maksu wanis, then, abah dan mama pun setuju.
so, wanis kena lah belajar.
takpe - takpe, pengalaman kan.
*sedap kan hati.

buat pertama kali wanis pegang mesin jahit je, wanis dah seram.
nak tau sebab apa.
aa, sebab, dah macam nak memandu kereta ha ~
kalau tekan "pedal" mesin jahit tu kuat - kuat, laju lah jarum dekat mesin tu berjalan.
itu yang seram dan menakutkan.
takut dia terjahit tangan wanis je.
hahahaha.

tapi, pengalaman yang paling seronok lah kan.
lepas wanis siap je jahit satu tali langsir tu, wanis kena buka balik jahitan nya.
sebab, tersenget lah, tersalah lah, dan se-angkatan dengan nya.
dan wanis pulak macam, "apakah? -.-"

ok, takpe. proses belajar kan.
kalau tak buat salah, kita takkan tahu salah kita kan :)

sampai situ je untuk hari ni. babai ~