Monday, 13 May 2013

assalamualaikum.

dah lama wanis tak tulis blog.
wanis agak sibuk sikit cuti ni walaupun aktiviti terbesarnya adalah duduk rumah.
huk huk.

tapi, buat sementara ni, wanis belajar menjahit langsir.
ha, tak pernah - pernah wanis menjahit, tetibe wanis menjahit pulak kan.
fuhh ~
ni semua idea maksu wanis, then, abah dan mama pun setuju.
so, wanis kena lah belajar.
takpe - takpe, pengalaman kan.
*sedap kan hati.

buat pertama kali wanis pegang mesin jahit je, wanis dah seram.
nak tau sebab apa.
aa, sebab, dah macam nak memandu kereta ha ~
kalau tekan "pedal" mesin jahit tu kuat - kuat, laju lah jarum dekat mesin tu berjalan.
itu yang seram dan menakutkan.
takut dia terjahit tangan wanis je.
hahahaha.

tapi, pengalaman yang paling seronok lah kan.
lepas wanis siap je jahit satu tali langsir tu, wanis kena buka balik jahitan nya.
sebab, tersenget lah, tersalah lah, dan se-angkatan dengan nya.
dan wanis pulak macam, "apakah? -.-"

ok, takpe. proses belajar kan.
kalau tak buat salah, kita takkan tahu salah kita kan :)

sampai situ je untuk hari ni. babai ~

No comments: