Wednesday, 29 June 2011

ada saje ~

tak habis - habis dengan akaun .
bila dah hantar , ada lagi salah .
kena betulkan .
er ~
kusut - kusut !
=.='

bila dah selesai akaun , keje ict pulak ~
adoi !

lepas tu , folio admath pulak .
aiyoyo ~
agak nya , takkan habis semua keje wanis ni .

hohoho .
manyak pening oo .
~.~

Monday, 27 June 2011

ict ~

ari ni wanis pergi universiti tun abdul razak dekat kuala lumpur .
ha !
budak kampung masuk bandar .
macam - macam lah jadi nya .
: P

lagi - lagi nur fatihah ayob tu ~
nampak tangga pun batak .
( sebenarnya , dia buat - buat saja . hehehe )

sampai je sana , ada abang - abang dekat sana dah sambut kiteorang .
lepas tu , makan~
then , duduk je lah dekat kerusi yang dah disediakan and dengar lah akak - akak tu cakap pasal ict .

bila dah habis je , kiteorang pun makan tengahari and terus balik.

tapi sebelum balik tu , sesi fotografi pun bermula ~
hehehe .






sampai situ sajalah ye ~

lagi best !

ha !
dari hari jumaat sampai hari ahad , wanis ade program kecemerlangan dekat sekolah .
er ~
sebenarnya nak buat dekat uitm puncak alam kot . ( tak ingatlah sebab kecewe sangat )
tapi ada masalah yang tak dapat dielakkan , terpaksa lah buat dekat sekolah wanis yang cantik tu .
hahaha : P

ok .
petang jumaat tu , wanis pun daftar lah dekat asrama and solat .
dah selesai semuanya , wanis and budak - budak yang pergi program tu pun kumpul lah dekat dewan untuk jumpe abang - abang and akak - akak dari uitm puncak alam and puncak perdana.

mula - mula , takot lah jugak kan .
almaklomlah , tak penah jumpe .

hari jumaat hari yang paling penat .
kenape ?

cube korang bayangkan , dah selesai solat , kumpul dekat dewan dengar atok ( tak ingatlah nama sebenar dia tapi wanis ingat nama panggilan dia je ) cakap pasal kesihatan and uji minda kiteorang .
then , solat and makan .
lepas tu , kumpul dekat dewan and jumpa abang - abang and akak - akak fesi .
kiteorang buatlah aktiviti yang disuruh sampai pukul 1 pagi .
huh !
balik asrama je terus serang bilik air untuk mandi .
badan dah melekit , takkan nak tido terus .

ada macam - macam aktiviti yang dah dibuat .
antaranya : senaman pagi , ada kelas sejarah , admat and bahasa ingeris , cipta cheers setiap kumpulan , buat tali yang paling panjang guna barang yang ada dengan kiteorang , buat chicken dance and menari , nyanyi lagu ( lagu budak - budak ) , explorace and banyak lagi lah .

tapi yang paling best , buat tali yang paling panjang guna barang yang ada dekat kiterorang .
hahaha ~
paling gempak !
sampai terbaring - baring dekat atas jalan sebab nak menang .
naseb baiklah ketua kumpulan wanis  ( aidil ) tinggi .
so , ada peluang lah menang .

ni lah kumpulan wanis .
kumpulan batman ~
amacam , ada gaya jadi batman tak ?
hahaha : D

gambarnya tak jelas lah .
tapi takpe , kenangan ~

nak tengok abang - abang and akak - akak fesi wanis yang lain ?
ha !
tengok lah .

yang wanis ingat , abang abang ( namanya memang macam tu ok ) , akak mus , akak mas , abang zaidi , abang azizi , abang ajim , abang hafizi ( kalau tak silap ) , akak nadia , akak ita , akak aida , akak affaf , abang shukri , abang zul , kak shila , abang ayin , abang zarif . 
er ~ kalau tersalah , sori lah ye .
ada 16 orang tapi dalam gambar tu ada 12 orang je .
yang lain , tak tahu ke mana .
huhuhu .

semuanya sporting gila walaupun tegas ~

abang - abang and akak - akak nya ada cipta macam - macam lagu .
ha !
- ada seekor monyet ( kalau tak silap lah )
- tepuk ahmad albab
- jambatan roboh 
- lagu ular 
- tepuk siswi gedik 
- lagu suka - suka 

ada lagi tapi terlupa .
banyak sangat .

penat gila !
nak rehat pun tak sempat .
lepas makan je , terus lari untuk program yang seterusnya .
nak mandi pun kena curi masa .

fuh ~
tapi apa - apa pun , best gila !


Monday, 20 June 2011

3 tahun berturut - turut :)

hari ni hari yang seronnok lah jugak dari hari - hari yang sebelum ni sebab ada masalah tuuutt ~
masalah tu , biar wanis sorang sahaja yang tahu .

ok .
minggu ni minggu koperasi kat sekolah wanis .
banyak la aktiviti yang koperasi buat .
kalau nak tahu lebih lanjut , sila hubungi nur afiqah abd aziz and nursyahirah ibrahim .

merepek sudah ~

ok !
kalau korang nak tahu , group wanis yang jage koperasi hari jumaat menang lagi ~
hehehe .

ahli - ahlinya :
- nursyahirah ibrahim
- nur afiqah abd aziz
- siti hasmah kamsin
- syahirah lokman
- nurul awanis norani

semua perempuan kan .
kiteorang ni memang rajin la .
susah nak cakap .
* hahaha . perasan pulak .

ingat kan group hakimi yang menang , sebab cikgu asyik puji dia je .
almaklomlah , orang kuat kan ~
rupa - rupanya group kiteorang yang menang .

tak sangka boleh kekalkan kemenangan selama 3 tahun berturut - turut .
ni semua berkat kak syuhada yang ajar kiteorang dari malas pada rajin .

nak tengok apa yang kiteorang dapat ?


kiteorang dapat sijil jugak ~
huhuhu .

ada jugak lah sijil wanis ni kan .
kalau tak , sijil surat beranak dengan berhenti sekolah saja lah yang wanis ada .
yang lain , habok saja lah .

Friday, 17 June 2011

tak suke >.< "

cerita nya berlaku pada
hari : khamis bersamaan 16 jun 2011 .
tempat : hospital

eceh !
macam apa ntah ~

ok lah .
wanis straight to the point saja lah .

masa wanis dah selesai amek oxygen yang doktor dah sedia kan , badan wanis rasa penat lagi .
wanis pun duduk lah kat kerusi yang dia dah sediakan .
kat sebelah kiri wanis pulak ada sorang budak kecik ,
dia pun sakit macam wanis jugak .

bila wanis pandang sebelah kanan wanis je , ade doktor tu tengah cucuk tangan pesakit and amek darah dia .
yekkkk!!!
serius geli ~
wanis tak suke tengok jarum enjection and darah tu .
benci + benci + benci !!
lepas tu wanis terus pandang tempat lain .

tak lama lepas tu , doktor datang dekat wanis and dia bawak la tempat oxygen tu lagi sebab sakit wanis tak elok lagi .
tapi yang wanis terkejot , dia bawak tempat enjection tu .
adoi -.-"
lemah jantung wanis ni .
nak gugur dah air mata wanis .
dengan selambe nya wanis tanya kat doktor tu :

wanis : kene cucuk ke ?
doktor : a'ah 
wanis : panggil mak kejap boleh tak ?
doktor : kenape ? sikit je .
wanis : takot lah ~


lepas tu , doktor tu pon dengan selambe nya letak ape nta kat tangan wanis and cucuk tangan wanis tu .
wanis tak pandang langsung !

doktor : sakit ke ?
wanis : tak :'(

lepas tu , wanis dah terase sejuk dalam tangan wanis tu .
oo , doktor tu masukkan ubat rupanya .
lepas abis je doktor tu cucuk wanis , tangan wanis dah tak bole nak gerak .
air mata wanis pulak dah nak keluar .
tapi kena lah cover .
budak kecik kat sebelah oi !
malu kalau dia tengok budak besar nangis .
tak pasal - pasal dia gelak kan pulak =.='

lepas tu , doktor yang jage wanis tu panggil wanis dekat kerusi .

doktor : jom ikot saya .
wanis : mm .
doktor : patotlah dari tadi saya panggil syazwani awak tak pandang , rupanya nama awak awanis .
wanis : aa . * sebenarnya , saya tak dengar pun ~

lepas tu dia pun cabot kan lah jarum kat tangan wanis tu .
dengan selambe nye , dia tekan jarum tu .
aiyo0 ~
dah lah wanis takot dengan jarum tu , lagilah di tekan .
bila dah abis je , dia tepuk bahu wanis and senyum .

er ~
* dah buat tangan saya sakit , senyum pulak .

apa - apa pun , tankiu doktor sebab jaga saya dekat hospital walaupun agak menyeramkan disebabkan JARUM tu ~

semakin hari , wanis makin tak suke dekat jarum yang ada dekat hospital tu .
huhuhu ~
 



Monday, 13 June 2011

kenapa kita jadi makin tak pandai ?

kali ni wanis tulis entry pendek saje .
so , bace lah dengan teliti .
ok ?
kalau korang perasan lah kan ,
masa kita kecik - kecik ,
yang belum matang lagi tu ,
mak kita selalu cakap .

pandai anak mama ni  :)

tapi , bila kita dah sekolah and ramai kawan - kawan ,
kebanyakannya mesti cakap ,

bodoh lah kau ni !

er ~
nampak tak bezenya ?
mak kita dah doa kita jadi pandai ,
tapi ramai pulak kawan - kawan kita yang doa kita jadi makin tak pandai .


ade ke patot ?
fikir - fikir lah ye .
setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita adalah doa .
so , kita kene lah bijak untuk memilih perkataan yang sesuai supaya tidak menyakitkan hati orang lain .

Thursday, 9 June 2011

kita khalifah muda :)

masa wanis ikut program ikramteens ,
macam - macam wanis dapat .
salah satu nya , macam tajuk entry wanis ni la .

kalau ada orang yang dah tahu , tak paya lah baca entry ni .
nanti dia cakap wanis ketinggalan zaman pulak
=.=

sebenarnya , kita dah menjadi khalifah sejak kita lahir lagi .
tapi , ramai yang tak tahu kan .
termasuk lah wanis .
kalau orang yang bagi ceramah tu tak cakap ,
agaknya sampai bila - bila pun wanis tak tahu .

korang semua sedar tak , kita banyak sangat buat dosa .
almaklumlah , kita sebagai manusia , tidak lari dari membuat kesilapan .
betul tak ?

masa wanis tengah duduk - duduk dengar orang kat depan bagi ceramah ,
wanis tertarik dengan satu ayat yang dia guna .

' boleh ke kita cakap dekat Allah , kita nak letak jawatan sebagai khalifah Allah ?'

bila wanis pikir - pikir balik , 
er ~
mane boleh .

so , sebagai khalifah Allah yang muda dan masih sihat ,
kita perlulah ikut perintah Allah .
kita perlulah berusaha untuk mencapai apa sahaja yang kita ingin kan dan selebihnya , 
serahkan kepada Allah .
banyakkan memohon doa dari Allah .
tu yang terbaek .

macam mana nak tajamkan doa ?

benda ni wanis dapat masa dengar tv wanis cakap sorang - sorang .hahaha .
( dia jadi macam tu sebab wanis tak tengok dia lah ~ )

wanis dengar lah orang dekat dalam tu cakap ,
kalau nak tajam kan doa , kena lah banyak bersedekah .
ala , macam nak tajam kan pedang yang dah tumpul la .
kan kene diasah .




kalau bersedekah ni , korang mesti terfikir guna duit kan .
sedekah ni , tak semestinya guna duit .
senyum pun sedekah jugak .
berzikir kepada Allah dan berselawat kepada nabi mohammad .
ha !
tu pun sedekah jugak .
( mula - mula pun wanis terfikir , sedekah tu guna duit saje . hehehe )

kalau korang nak doa korang tu termakbul , banyak - banyak lah bersedekah .
tu kan lebih elok dari mengumpat
( er ~ ade kaitan ke ?)
so , fikir - fikir kan lah dan selamat beramal

Tuesday, 7 June 2011

high-heeled shoes vs low heel shoes

wanis tak pernah la terfikir nak tulis entry wanis dalam bahase ingeris sebab grammar wanis ni , agak teruk la jugak .
hehehe

ok .
berbalik pada tajuk entry yang wanis tulis tu .
kebanyakan kaum hawa ni suka pakai high-heeled shoes kan .
kebanyakannya lah .
tak semuanya .

apa keistimewaan kasut high-heeled ni ?
- boleh buat orang yang agak rendah jadi makin tinggi .
- boleh buat orang yang dah tinggi jadi makin tinggi
- senang nak dapat pilihan yang dekat di hati .

low heel shoes ni pun ade keistimewaannya sendiri .
- tak sakit kaki kalau pakai lame - lame
- comel ~
- kasut ni sesuai untuk orang yang dah tinggi and tak nak tambah ketinggian diaorang

dua - dua jenis kasut ni , harga nya memang 'agak' mahal kan .
itu memang tak dapat dielakkan .
dunia sekarang , semua benda dah mahal .
cekik darah !

hahaha .
so , kasut yang mana jadi pilihan korang ?
kalau tanya wanis , wanis suka yang low heel shoes saje .
sebab nya , wanis ni agak lasak sikit .
mana boleh pakai high - heeled .
nanti terpeleot kang .
susah pulak =.="

Saturday, 4 June 2011

pelik - pelik - pelik

ok , benda ni memang pelik .
tak pernah di buat orang.
sape lah yang buat kan ?
teruk betul !

korang mesti tertanya - tanya kan apa bende nye .
( kalau tak tanya pun , buat - buat tanya saja lah )
korang pernah tak jumpa orang makan ABC guna garfu .
er ~
pelik kan .
wanis yang tengok pun , dah terasa pelik .

kalau korang nak tahu , orang yang buat benda pelik tu ,
er ~ malu pulak nak cakap .
saba - saba .
orang yang buat tu , wanis lah .
hahahaha .

ni semua gare - gare geng wanis lah .




 ( salah kan orang pulak . dah malu , tak nak mengaku -.-" )
hehehe .
sori geng ~

ni semua sebab wanis asyik gelak je .
sampai tak perasan tangan wanis ambik garfu .
adoi !
nasib baik wanis belum makan lagi ABC nye .
kalau x , macam mane nak ambik ?
nanti baru je ambik , dah jatuh .
tak ke menyusahkan tu .

pengajaran nye : jangan lah suke gelak lebih - lebih . nanti tak sedar apa yang kita buat .
( macam wanis la ~ )

Thursday, 2 June 2011

dah lama tak menggila dengan diaorang :)

dengan siapa ?
er ~
siapa lagi .
geng wanis lah :)

lepas habis kelas fizik je , terus serang pusat sumber .
kiteorang rancang nak buat karangan yang cikgu tipah bagi tu ,
tapi tersenget pulak rancangan nye .
kiteorang buat lah keje fizik yang cikgu wanis baru bagi .
( kiteorang buat keje tu sebab dah ada jawapan . senang sikit . hehehe )

dalam pusat sumber tu , kiteorang jadi gila pulak .
tiba - tiba je gelak .
bila dah berhenti gelak , sambung balik .
dah berhenti , sambung lagi .
nak pecah perut wanis ni .

bila nak habis ?
bila dah balik , habis lah .
hahaha :D

Wednesday, 1 June 2011

tak kan tak sempat :(

kesian dekat blog wanis ni .
tak ada entry yang terbaru .
ni semua sebab wanis busy sangat dengan kerja yang cikgu wanis bagi .

cuti dua minggu ni , korang semua boleh enjoy kan .
wanis pulak tak boleh nak enjoy sangat .
sedih + sedih + sedih .

seminggu lebih wanis kena sekolah .
" cikgu , saya tak nak sekolah boleh kan ? "
wanis terasa macam nak tanya je dekat cikgu soalan dekat atas ni .
agak - agak korang lah kan , ape cikgu wanis jawab ?

adakah wanis akan dapat pelempang percuma ?
adakah wanis akan di marah ?
adakah wanis akan di bebel ? ( telinga wanis tak sanggup lah pulak )

apa - apa pun , wanis datang sekolah jugak .
nanti kesian pulak dekat cikgu ~
lagipun , wanis kena lah berkorban sikit untuk tahun ni . ( cikgu wanis yang cakap )

.* mr lee , sory dah lama tak datang tusyen . saya ada banyak kerja yang perlu diselesaikan . busy mengalahkan PM lah katekan .
hahahaha

teringin lah pulak ..

wanis teringin sangat nak masuk u .
dekat mane - mane pun wanis tak kisah .
asalkan dapat masuk .
huhuhu

kenapa wanis teringin sangat nak masuk ?
er ~
sebenarnya , wanis seronok pulak tengok abang - abang and kakak - kakak yang belajar dekat u tu .
cara diaorang belajar menarik perhatian wanis .
lagipun , wanis nak jugak dapat panggilan " budak u " .
macam best je ~

lagipun , wanis nak cuba perkara baru yang wanis tak pernah cuba .
nak tambah kawan - kawan .
macam - macam lagi lah .

so , doakan lah wanis dapat masuk u .
amin ~