Tuesday, 18 December 2012

18 Disember 2012

ha ! tarikh yang paling seronok kot .hari ni , ada macam macam benda jadi sebelum balik rumah  :)
* tak sabar >.<

pertama ~
photoshoot !
walaupun hanye 10 orang dan semua nye , perempuan , best kot !
masa nak photoshoot gambar formal , masing masing bising .
nak tangan macam mane , nak berdiri macam mane .
sampai abang tu cakap ,  " ni lah susah kalau takde lelaki "
kiteorang dah gelak je .
ape boleh buat , terima saja lah kan .
hahaha :D
ni ha gambar nya .
jeng jeng jeng ..


ni salah satu nye lah ye .
gambar candit je eh .
comel kan :P

yang kedua , kelas office cancel lah !
terus kiteorang buat keputusan nak pergi bandar dungun .
walaupun dah selalu sangat pergi sana , pergi je lah kan .
dah takde tempat lain yang lebih dekat dan cepat sampai selain bandar tu .

sampai je bandar , terus serang kfc .
* ok , masing masing lapar tahap kebulur +.+

kalau korang nak tahu , kfc tu , memang bapak kiteorang yang punya .
bising tempat tu kiteorang buat .
hahaha :D
itu tak dapat di elakkan apabila berkumpul dengan kawan kawan kan ~

habis je kfc , kiteorang pun , nak balik lah .
tapi , disebabkan kiteorang tak puas hati dengan sorang akak ni ,
kiteorang pun buat keputusan , pergi karoke !

ha , gile ke tak .
naik je tempat tu , tempah bilik vip gitu .
* bukan nak batak , tapi ramai sangat , 10 orang , kena lah tempah bilik besar .
baru best !

masuk je dalam bilik tu , masing masing menyumbangkan suara mereka .
sweet gile !
hahaha :D

disebabkan bilik tu ikut jam , kiteorang pun ape lagi , balun lah lagu sebanyak yang boleh .
sampai sakit tekak-.-"
tapi seronok .
dah lama nak masuk karoke tu , hari ni baru dapat .
jadi lah kan , dari tak dapat langsung ~
* gambar dekat karoke takde , huhu .
 
ok lah , sampai situ je kot 
lain kali , wanis bersemak dekat sini lagi ye .
babai , assalamualaikum :)


Sunday, 16 December 2012

UNTUK GAZA ^_^

semalam , ada ceramah pasal GAZA .
hari ni , ada LARIAN GAZA .

ok , pasal ceramah gaza tu , memang tersentuh hati aku .
serius wei !
sedih bila tengok budak budak dekat sana kena macam macam .
sob sob :'(

pasal larian gaza tu pulak .
er , ni yang seronok !
pagi tadi , sebelum keluar bilik je , dah hujan dengan lebat nye .
bila sampai stadium je , panas pulak .
( dekat u wanis ni , hujan suka main auucak auucak ! )

lepas je habis daftar dan makan , ade lah taklimat sikit .
habis je taklimat tu , ha , tunggu ape lagi .
get set , go !
hahaha :D

masa lari tu , cuaca aman damai je , tapi bila dah nak sampai ke garisan penamat tu , dusshhhh !
( ok , kasi gempak sikit ! )
hujan lebat pulak .
nasib baik dah nak sampai .
kalau tak , huhuhu ~

sampai sampai je , dapat cawan + tali oren + sijil .
ohhooo ~
wanis sampai dalam lingkungan orang yang 1 --> 40 kot !
hahaha :D
* tak sangka

bila dah hilang penat , wanis dengan kawan kawan pun balik kolej .
tapi yang tak boleh blah nye , diaorang pantang nampak lecak !
( macam budak budak kan ? tapi takpe , yang penting , kiteorang comel :P )

hahaha :D
dah tak boleh nak kate ape dah .
bila masing masing dah gila , layan je lah .
bukan selalu boleh macam ni kan .



yang ni , sebelum mula acara tu .
nampak tak , semua muka semangat .





bawah pokok .
romantik kan uitm kiteorang .
semua berasakan alam semula jadi :)



er , yang ni , depan kolej kitorang .
hahaha :D
ade air pun , main redah je !

ok lah , sampai situ je kot .
babai ~


Tuesday, 20 November 2012

expresi cinta

uhuk uhuk !
* maaf , terbatuk pulak

ha , nampak tak , begitu lama wanis tak update blog .
bukan apa , masa nak update blog tu , tak cukup .
* er , macam sibok sangat je kan . hahaha :D

tajuk entry wanis macam apa entah kan .
hahaha :D
korang baca je lah , nanti korang faham lah kenapa wanis tulis tajuk macam tu .

17 & 18 nov , wanis ada pergi satu kursus ni .
nama dia ,  " EXPRESI CINTA " .
ha , gempak kan nama dia .


sebenar nya , wanis tak nak pergi pun kursus tu , sebab macam kursus kahwin pulak !
tapi , apa kan daya , dah abah suruh pergi jugak sebab kata nya dah bayar , KATANYA LAH !
huh !
nak tahu kenapa wanis cakap KATANYA LAH ?
ha , sebab , masa mukadimah kursus tu , orang nya ade cakap , kursus ni PERCUMA !
nampak ?! =.="
bila orang nya cakap macam tu , wanis terus pandang adik wanis dekat belakang sebanyak 180 darjah !
amek kau !
* kumpulan wanis dengan adik wanis tak sama , terpaksa lah berpisah ~

# dalam hati , " esok tak nak datang lagi ! "

er , ok , abaikan luahan hati tersebut .
masa kursus tu , wanis dapat lah jugak sikit info .
salah satu nya , " macam mana nak jadi menantu yang disayangi " .
cewaah !!
ha , nak tahu tak macam mana ?
penceramah tu cakap , senang je.
korang semua tanya lah mak korang , yang ada menantu , apa yang mak korang nak dari menantu tu .

er, tapi , kalau tak tahu jugak , wanis bagi sikit tips lah eh ~
1 . selalu telefon , tanya khabar atau apa - apa je lah .
2. kalau balik rumah mak mertua , tolong lah dekat dapur .

ok , yang lain , tanya mak korang eh .
mereka kan lagi berpengalaman :)

yang paling penting lah , wanis dapat dari kursus tu ,
sebenar nya , kita semua tak ON dengan Allah .
sebab tu lah , orang yang solat 5 waktu sehari semalam pun boleh menipu , mengumpat dan sebagai nya .
* bukan wanis cakap eh , penceramah tu yang cakap .

so , kita kena lah sedar mulai sekarang .
ni peringatan untuk wanis jugak :)